Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 15
21 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 20 April 2026 – Kelas Mahir Foto bagi minggu ke-15 telah diadakan di NADI Bengoh secara dalam talian, dari pukul 3:00 petang hingga 4:30 petang. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan yang terus menunjukkan komitmen dalam memperkukuh kemahiran fotografi dan videografi.
Topik bagi minggu ini adalah “Pasca Penerbitan & Recap Videografi, Ulangkaji & Ujian Kefahaman Video Editing (Quiz)”. Sesi ini memberi tumpuan kepada proses suntingan video selepas rakaman, termasuk teknik asas penyuntingan, penambahbaikan visual, serta penyusunan klip bagi menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan profesional.
Selain itu, peserta turut mengikuti sesi ulangkaji bagi mengukuhkan pemahaman terhadap modul videografi yang telah dipelajari sebelum ini. Program diteruskan dengan ujian kefahaman (quiz) bagi menilai tahap penguasaan peserta dalam aspek video editing.
Secara keseluruhannya, kelas ini berjaya membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam pasca penerbitan serta memberi keyakinan untuk menghasilkan kandungan visual yang lebih berkualiti. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam penghasilan bahan kreatif pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: